PENURAPAN JALAN PANTAI SIRING

19 Ogos 2019 - Proses penurapan jalan kampung di jajaran Pantai Siring dan Anjung Batu telah dilaksanakan pada 19 Ogos 2019 (Isnin) bermula sekitar jam 10.00 pagi dan selesai sepenuhnya pada hari yang sama jam 6.00 petang. Terima kasih kepada pihak MPKK Seri Minyak dan JAPERUN Serkam yang membantu menaiktaraf infrastruktur untuk Kampung Seri Minyak.




Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

GOTONG-ROYONG TAMAN PAHLAWAN

3 Ogos 2018 - Kegiatan gotong-royong membersihkan kawasan perumahan di teruskan oleh MPKK Kampung Seri Minyak di Taman Pahlawan, Merlimau Melaka. Ramai penduduk Taman Pahlawan menyertai aktiviti tersebut. Hal ini dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk dan mengindahkan persekitaran taman tersebut.




Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

GOTONG-ROYONG PERDANA KAMPUNG SERI MINYAK

Aktiviti gotong-royong anjuran MPKK Seri Minyak Gotong-royong ini telah diadakan pada 20 Julai 2019 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi dan selesai pada jam 12.00 tengah hari. Kehadiran YBhg. Ustaz Mohammad Khomeini bin Kamal selaku Penyelaras DUN Serkam untuk merasmikan program tersebut memeriahkan lagi acara. Majlis dimulai dengan sedikit taklimat daripada Pengerusi MPKK Seri Minyak iaitu En. Yahaya bin Talif di perkarangan Masjid Al-Abrar Kampung Seri Minyak. Objektif program gotong-royong ini ialah: 1. Memupuk semangat bekerjasama di antara penduduk kampung dan agensi kerajaan. 2. Menceriakan kawasan kampung dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes. 3. Memupuk cintakan alam dan kebersihan dalam diri masyarakat setempat.



Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP