KELAS MEMBUAT ROTI

16 Sept - Pihak MPKK Seri Minyak telah menganjurkan kursus membuat roti dan kek pada Hari Malaysia yang lalu bertempat di Balai Raya Kampung Seri Minyak. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama daripada Akademi Teratak Rindu yang melibatkan 20 orang peserta daripada sekitar kampung.
Terima kasih kepada Pn. Rohaizan binti Mokhtar dan rakan-rakannya yang sudi melaksanakan program tersebut.




Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

GOTONG-ROYONG MEMBERSIH TANAH PERKUBURAN

16 September 2019 - Seramai kira-kira 50 orang penduduk sekitar Kampung Seri Minyak mengambil kesempatan pada cuti umum Hari Malaysia ini melakukan aktiviti kemasyarakatan melalui Goyong-Royong Perdana di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Minyak, Umbai, Melaka di sini, semalam.




Aktiviti tersebut bertujuan menanam semangat melakukan kerja kebajikan dalam kalangan penduduk kampung dengan harapan ia boleh diterapkan dalam kehidupan harian mereka dan memupuk sikap saling bekerjasama dalam komuniti.
Selain itu,kerja amal ini dilaksanakan adalah sebagai usaha menjadikan tanah perkuburan ini sentiasa bersih walaupun ada di antara pusara di sini telah lama tidak diziarahi sanak saudara  terdekat.
Penduduk kampung berharap, aktiviti amal seumpama itu akan terus dilaksanakan oleh pihak yang berkaitan pada masa akan datang terutama sekali ketika musim cuti umum sebagai usaha untuk memenuhi masa lapang dan menjalin ukhwah antara penduduk.

Klik disini untuk lebih banyak gambar


Read more...

MENYANTUNI PENDUDUK KAMPUNG SERI MINYAK

31 Ogos 2019 - Aktiviti ramah mesra dan menyantuni para penduduk di Kampung Seri Minyak diteruskan lagi sempena Hari Kebangsaan baru-baru ini.
Seramai 10 buah keluarga berjaya diziarahi oleh Jawatankuasa MPKK Seri Minyak yang diketuai oleh En. Yahya bin Talif selaku Pengerusi MPKK kampung tersebut.




Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP