16 September 2019 - Seramai kira-kira 50 orang penduduk sekitar Kampung Seri Minyak mengambil kesempatan pada cuti umum Hari Malaysia ini melakukan aktiviti kemasyarakatan melalui Goyong-Royong Perdana di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Minyak, Umbai, Melaka di sini, semalam.
Aktiviti tersebut bertujuan menanam semangat melakukan kerja kebajikan dalam kalangan penduduk kampung dengan harapan ia boleh diterapkan dalam kehidupan harian mereka dan memupuk sikap saling bekerjasama dalam komuniti.
Selain itu,kerja amal ini dilaksanakan adalah sebagai usaha menjadikan tanah perkuburan ini sentiasa bersih walaupun ada di antara pusara di sini telah lama tidak diziarahi sanak saudara terdekat.
Penduduk kampung berharap, aktiviti amal seumpama itu akan terus dilaksanakan oleh pihak yang berkaitan pada masa akan datang terutama sekali ketika musim cuti umum sebagai usaha untuk memenuhi masa lapang dan menjalin ukhwah antara penduduk.
0 comments:
Post a Comment