GOTONG-ROYONG PERDANA KAMPUNG SERI MINYAK

Aktiviti gotong-royong anjuran MPKK Seri Minyak Gotong-royong ini telah diadakan pada 20 Julai 2019 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi dan selesai pada jam 12.00 tengah hari. Kehadiran YBhg. Ustaz Mohammad Khomeini bin Kamal selaku Penyelaras DUN Serkam untuk merasmikan program tersebut memeriahkan lagi acara. Majlis dimulai dengan sedikit taklimat daripada Pengerusi MPKK Seri Minyak iaitu En. Yahaya bin Talif di perkarangan Masjid Al-Abrar Kampung Seri Minyak. Objektif program gotong-royong ini ialah: 1. Memupuk semangat bekerjasama di antara penduduk kampung dan agensi kerajaan. 2. Menceriakan kawasan kampung dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes. 3. Memupuk cintakan alam dan kebersihan dalam diri masyarakat setempat.



Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP